بسم الله الرحمن الرحيم
السلام على من اتبع الهدى
الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
السلام على من اتبع الهدى
الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Bismillah: Kuliah maghrib, 18 1 2012, Masjid Pulaie. Sheikh Ali Salleh.
Siti Aminah melihat cahya di Syam hingga Iraq,
Sudah bersunat, sujud, tangannya menunjuk langit.
Ketika kelahiran Nabi Muhammad saw. Orang Yahudi melihat lahirnya bintang Ahmad.
Padamnya api Majusi yang sudah menyala selama 1000 tahun tidak pernah padam.
14 buah gambar / tiang Kisra jatuh.
Hamba Abu Lahab, Siti Suhaibah di bebaskan oleh Abu Lahab.
Siti Suhaibah adalah antara 3 Orang yang pernah menyusukan Nabi.
Siti Suhaibah menyusukan Nabi saw setelah ibunya menyusukan. Selepas itu ia membawa kepada Abdul Mutallib, dan Abdul Mutallib memberikan Nama Muhammad.
Nama Muhammad jarang diberikan. Orang jarang bernama Muhammad, ditanya orang kepada Abdul Mutallib kenapa. Katanya agar dipuji seluruh dunia. Hua Mahmudun Wallahu Mahmudun.
Nama Muhammad digunakan seluruh dunia. Nama boleh membawa kebarkahan.
Wanita Bani Saad datang dari luar kota mencari anak untuk disusu. Antaranya Halimahus-Sa’diah. Ditawarkan Nabi Muhammad saw, semua orang tidak mahu sebab Nabi Muhammad saw Yatim sebab takut tiada bayaran. Siti Halimah tidak tahu ia Rasul, terus kembali naik unta. Nama untanya Attang. Unta yang tua. Jalannya lambat. Kata Siti Halimah. masa itu musim yang paling kering. Unta kekurangan susu. Siti Halimah membawa anak yang bernama Haris yang juga selalu tidak cukup susu. Siti Halimah berkata pada suaminya kita tidak ada dapat apa-apa lagi kecuali Nabi Muhammad saw. Bila kami mengendong anak itu, langsung ia terus minum. Sebelumnya kata Siti Halimah ia belum ada susu. Al-Haris terus bisa boleh kenyang dan boleh tidur apabila menyusu selepas itu. Mereka belum tahu, bahawa mereka membawa Nabi Muhammad saw.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan