Bismillah: Assalamu 'ala man ittba'a al-Huda
Adakah kita bersedia dengan krisis ekonomi yang biasanya selalu datang setiap 5 hingga 10 tahun mendatang selepas ia terjadi?
Adakah kita telah berjimat cermat, untuk membelanjakan wang kita hanya untuk yang perlu sahaja?
Adakah kita menyimpan dalam bentuk hartanah, atau kita menyimpan dalam bentuk ketulan emas?
Atau adakah kita menyimpan dalam bentuk duit berkodi-kodi di bank?
Di dalam Islam ianya terbahagi kepad dua kategori.
Kategori negara dan kategori rakyat.
Untuk rakyat, ianya terpulang kepada individu, samada mereka mahu menggunakan pendekatan zikir atau bersyukur.
Jika mereka menggunakan pendekatan zikir, maka tidaklah perlu mereka menyimpan, bahkan menyimpan juga merupakan suatu yang mengganggu kehidupan berzikir itu sendiri. Kerana orang yang menyimpan duit yang banyak, selalunya sukar untuk berzikir. Sebagaimana Saidina Ali r.a. telah memberikan rumah yang diberikan kepadanya pada orang lain, kerana katanya rumah itu menganggunya untuk berzikir dan beribadat kepada Allah swt. Namun pendekatan seperti ini tidak digalakkan untuk saudara-saudara yang baru dalam Islam, ianya juga tidak digalakkan untuk individu yang lemah imannya.
Kita juga boleh menggunakan pendekatan Syukur, sebagaimana Nabi Daud a.s dan juga Nabi Sulaiman a.s. yang diberikan anugerah oleh Allah swt kekayaan sebagai raja dan Nabi dan menakluki jin jin dan sebahgian manusia. Mereka diberikan kerajaan, istana, peralatan peperangan dan lain-lain. Gunanya ialah agar mereka bersyukur kepada Allah swt. Dengan pendekatan syukur ini, umat islam siapapun jua, boleh berusaha dan menyimpan asalkan usahanya itu halal dan perbelanjaannya selepas itu baik dan diredhai oleh Allah swt.
Untuk pihak kerajaan pula, mereka tidak mempunyai pilihan lain dalam mentadbir kerajaan mereka dengan kaedah Syukur, mereka tidak boleh menggunakan kaedah zikir seperti diatas. Sebab ianya adalah wajib bagi mereka menyediakan apa jua pun yang mereka boleh berikan kepada rakyat. Namun jika sekiranya rakyat tidak mahu mengambilnya kerana mahu pendekatan zikir, setelah rakyat itu ditanya secara individu, maka ia terpulang selepas itu kepada rakyatnya itu, namun sebelumnya, kerajaan wajib menyediakan segala yang diperlukan itu kepada semua rakyatnya.
Perkara ini jelas sebagaimana atsar Saidina Umar al-Khattab r.a, yang menyatakan bahawa baginda takut disoal oleh Allah swt jika seekor keldai di Baghdad terjatuh kerana ada lopak di jalan raya Baghdad.
Untuk berusaha sebaik mungkin dalam menjana ekonomi dan berjimat cermat kerana menunggu krisis yang akan berlaku, ia jelas sebagaimana yang dibuat oleh Nabi Yusuf a.s. setelah mentafsirkan mimpi raja Mesir. Dan kini, krisis ekonomi bukanlah suatu statistik lagi. Hampir semua ahli ekonomi tahu, bahawa krisis ekonomi sentiasa berlaku sekurang-kurangnya dalam masa 10 tahun.
Oleh itu, sebagai pihak yang mentadbir kerajaan, mereka perlu mempastikan segala keperluan-keperluan terpenuhi dalam menghadapi krisis-krisis tersebut. Jangan leka pada pembangunan sahaja. Tetapi kita lupa pada permakanan. Kita lupa pada pakaian, kenderaan perubatan dan lain-lain lagi. Dan yang paling menyedihkan ialah jika kita lupa pada Allah swt untuk berdoa agar Allah swt mengelakkan negara dari dilanda krisis itu.
Selain dari berdoa dan berusaha dalam menjana ekonomi, kita perlu tahu bagaimana cara berjimat dan kita perlu tahu bagaimana mengelakkan krisis ekonomi. Salah satunya jalan untuk mengelakkan krisis ekonomi yang teruk ialah dengan mempastikan Negara tidak berhutang, tidak mengalami inflasi, tidak mengalami defisit yang teruk.
Salah satu jalan bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi ini ialah dengan memperbanyakkan hasil negara sebanyak-banyaknya sehingga negara-negara lain berebut-rebut melabor di negara kita. Sama seperti yang dibuat oleh Jepun dan China.
Negara juga memerlukan orang yang kuat bekerja dan dibayar gaji yang tinggi kerana kerja mereka itu sehingga mereka menggunakan duit itu untuk perkara-perkara yang berfaedah.
Pemberian sedekah kepada masyarakat untuk mengelakkan negara daripada masalah bukanlah suatu jalan yang baik. Sebab apabila rakyat diberikan duit tanpa sebarang usaha dari mereka untuk menghargai duit yang mereka dapati, maka duit itu akan digunakan tanpa berfikir panjang. Akhirnya barangan menjadi mahal dan duit menjadi terlalu murah.
Pemberian barangan makanan dengan secara kupon kepada fakir miskin atau pihak-pihak tertentu adalah suatu solusi yang baik, agar belanja yang diberikan kepada mereka tidak digunakan kepada perkara lain. Namun cara seperti ini biarlah digunakan untuk pihak-pihak yang tidak mampu bekerja saja. Sebab kita mahukan keberkatan. Rezeki yang dibelanjakan dengan boros tentulah termasuk kategori rezeki yang tidak berkat.
Kerajaan boleh menggunakan kuasa kewangan fiat yang mereka miliki untuk menjana apa sahaja bentuk ekonomi yang menjana pekerjaan di dalam negara. Perkara ini tidak akan menimbulkan sebarang masalah, jika kerajaan bertawakkal kepada Allah swt, menggunakannya dengan baik dan menggunakannya dengan berhemah serta tidak boros dengan tidak memberikan hasil yang menguntungkan kepada kroni.
Sebab duit yang diberikan kepada kroni itu, bukanlah nanti akan memberikan mereka semangat untuk berusaha agar disokong semula oleh rakyat, tetapi akan menjadikan mereka malas berusaha membantu rakyat dan hanya akan menghamburkan duit itu untuk meminta dilantik semula oleh rakyat. Duit yang diberikan kepada rakyat itulah yang akan digunakan rakyat sesuka hati tanpa berkira, sehingga menjadikan inflasi menegak kelangit.
Kerajaan sepatutnya menilai setiap projek sebaik-baiknya kepada yang terbaik dan memberikan kepada pihak lain untuk menilai projek itu, samada ia mengikut prosedur yang betul, pembayaran yang betul atau tidak. Pihak lain perlu dibenarkan mendakwa projek-projek kerajaan yang tidak mengikut piawaian yang betul itu ke Mahkamah. Jika perkara ini tidak dibuat, bagaimanakah kerajaan nanti akan dapat mengawal inflasi yang tinggi itu? Bagaimanakah kerajaan nanti akan dapat menjamin negara dari terkena masalah ekonomi?
Jika kroni dibayar dengan harga yang tinggi dalam projek yang sebenarnya boleh ditaksir dengan harga yang murah, maka tentulah barangan semakin meningkat mahal, mata wang pula akan jadi semakin murah, jika harga berangan tidak terkawal, maka bagaimanakah negara akan dapat berjimat untuk menghadapi masalah yang tidak diketahui di hari muka?
Jika kroni dibayar dengan harga yang tinggi dalam projek yang sebenarnya boleh ditaksir dengan harga yang murah, maka tentulah barangan semakin meningkat mahal, mata wang pula akan jadi semakin murah, jika harga berangan tidak terkawal, maka bagaimanakah negara akan dapat berjimat untuk menghadapi masalah yang tidak diketahui di hari muka?
Namun yang penting lagi, jika negara tidak mengawal kroni-kroninya dari bersifat tamak dan boros, maka bagaimana negara akan mendapat keredhaan Allah swt sehingga negara akan menjadi negara yang baik dan maju?
Wahai negara-negara Islam, berusahalah menambah rezeki untuk rakyat sebanyak-banyak dan sebaik-baiknya dan simpanlah harta itu untuk rakyat dihari depan, dan berusahalah menyimpan makanan untuk 10 tahun yang akan datang dan berjimatlah, Simpanlah harta dan makanan itu untuk waktu-waktu yang tidak diketahui. Kita tidak tahu dalam masa setahun ini, samada perang dunia atau perang nukelar akibat peperangan US dengan Syria akan melanda atau kemarau panjang selepas itu akan terjadi. Namun kita masih tetap wajib untuk bersedia. kerana jika salah satunya terjadi, tentunya ia akan menyebabkan kekurangan bahan makan pada dunia ini dengan kekurangan yang amat teruk sekali. Wa iyadzu billah mindzalik. Jika ianya terjadi, semoga Allah swt memudahkan kita di nusantara ini untuk menghadapinya. Aaamiiin.
Financial Crisis: Lessons of the Rescue,
Timeline: Key events in financial crisis
A Data Weapon to Avoid the Next
Tiada ulasan:
Catat Ulasan