Sabtu, 10 Disember 2011

Taqdir Dan Taubat Serta Doa

Bismillah:

Segala sesuatu telah ditaqdirkan oleh Allah swt. Termasuk jua perkara yang di taqdirkan ialah segala kemahuan hati kita sendiri.


وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).

Ayat 30 Surah al-Insan.

Orang yang bertaubat dan berhenti dari melakukan dosa yang pertama dibuatnya, akan dikatakan Allah swt padaNya, Tidak mengapa, bukankah segala sesuatu itu telah ditaqdirkan.

Namun orang yang tidak mahu bertaubat, bahkan menyalahkan taqdir pula akan dikatakan Allah swt padanya. Tidak bukan taqdir yang salah. Tapi kamu yang tidak mahu berhenti melakukan dosa setelah dosa pertama.

Ulama-ulama telah bercerita, telah terjadi debat di antara Nabi Musa a.s. dan Nabi Adam a.s. Kata Nabi Musa , kerana Nabi Adamlah manusia ketika ini tinggal di bumi yang serba kekurangan. Jika Nabi Adam tidak melakukan maksiat kepada Allah swt. Manusia akan tetap tinggal di Syurga mengecapi keni'matan syurga dan dapat hempir bersama dengan Allah swt.

Lalu Nabi Adam a.s menjawab persoalan Nabi Musa a.s. : Semua perkara telah ditaqdirkan. Bagaimanakah aku akan dapat mengelakkannya lagi.

Ulama-Ulama menyatakan Nabi Adam a.s. menang dalam perdebatan mereka berdua ini. Allahu 'A'lam.

Oleh itu rajin-rajinlah beristghfar, kerana istighfar itupun sebenarnya adalah kurnia dan taqdir Allah swt pada kita. Kerana Ahli Syurga dan Ahli Neraka juga telah di taqdirkan oleh Allah swt. Semoga Allah swt memasukkan kita semua kedalam syurgaNya. Aaamiiin.

Inilah keadilan Allah swt yang mahu kita berjihad untuk menjaga diri kita dengan Ilmu dan amal kita agar bersih zahir dan batin, bersih dan elok perkataan, cantik perbuatan, terjaga pandangan, mengelakkan pendengaran yang haram dan mengawal pertuturan hati di sanubari agar jangan memikirkan yang haram untuk selama-lamanya sehingga ke penghujung hayat kita.

Hidup ini memang agak sukar. Kerana itu ganjarannya amat besar.

Sahabat, jika dikau sedih dengan kenyataanku tadi, maka hilangkanlah kesedihanmu dengan ibadat kepada Allah swt. semata-mata. Sesungguhnya Allah Maha mendengar keresahanmu dan melihat air matamu yang mengalir kerana takut kepadaNya.

Sahabat-sahabatku, Nabi Muhammad saw telah bersabda:

Tiada sesuatu yang dapat menolak taqdir melainkan doa.

Oleh itu berdoalah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, dan amalkan segala yang disuruh dan jauhi segala yang dilarang. Sesungguhnya doa juga mempunyai syarat yang ketat untuk dapat diterima oleh Allah swt. Maka jangan kita mencuai-cuaikannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular

Dimanakah Anda Berada:

Wikipedia

Hasil carian