Ahad, 28 April 2013

Bayangan Maut ULAMA Jika BN Masih Memerintah

Bismillah: Assalamu'alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh. Wa Ba'd.

SEDARLAH
Wahai para sahabat dan  saudara-saudaraku yang amat dikasihi. Topek yang ku berikan ini memang hanya bayangan sahaja. Bahkan kemungkinannya yang akan berlaku juga adalah mungkin amat kecil dan tidak dirasakan oleh sesiapa. Lebih-lebih lagi jika BN kalah dalam PRU 13 nanti. Mungkin juga kebanyakan tuan-tuan sudah membayangkan. Jadi anggaplah topek yang saya berikan ini adalah satu ingatan semula semata-mata.

Namun walaupun ia dianggap amat kecil, ia boleh menjadi besar jika rahsia mengenainya mengapa ia berlaku sudah terdedah. Pendedahan ini bukan bertujuan mendedahkan niat jahat seseorang. Bahkan juga bukan bertujuan mencetus pendedahan itu. Namun untuk menutupi niat-niat jahat tersebut jika ia ada tersirat dihati. Kerana kebiasaannya jika di diamkan sesuatu, ia akan berlaku apabila tiada siapa yang mengingatkan. Bahkan ia juga bertujuan agar SETIAP ULAMA HENDAKLAH BERHATI-HATI. Jangan sampai keterlibatanmu dalam BN menghancurkan ulama yang benar-benar ikhlas.

Ia juga bukan bertujuan membangkitkan Huru-Hara. Namun membangkitkan semangat khusyuk dalam bermunajat dan berdoa untuk menempuh PRU 13 yang akan datang dan menjauhkan Huru Hara itu sendiri.

KUASA BN DITANGAN SIAPA?
Kita sudah tahu bahawa BN ketika ini bahawa punca tidak mahu menjalankan Hudud adalah kerana BN takut ancaman MIC dan MCA yang mahu keluar dari Parti Kompenan BN, jika BN menjalankan HUDUD. Kerana jika MIC dan MCA keluar, maka dengan sendirinya BN akan hilang kuasa. Walaupun sebenarnya kuasa mereka akan bertambah dengan masuknya Pas atau sekurang-kurangnya sebahgian orang-orang PAS dalam BN jika BN sudah menjalankan HUDUD.

Jadi dengan kuasa yang di miliki MIC dan MCA ini ketika ini, BN merasa, mereka perlu melayan MIC dan MCA sebaik-baiknya.  MIC dan MCA pula berpendapat, bahawa mereka boleh berbuat apa saja yang mereka mahu, tentu BN akan setuju. Namun untuk mengekalkan kuasa MCA dan MIC itu, mereka perlu menguasai masyarakat. Untuk berkuasa masyarakat perlu menyokong mereka.

Menguasai masyarakat bukanlah mudah. Penguasaan Masyarakat pada pendapat mereka adalah bergantung kepada penguasaan pada ulama mereka. Bukti sudah jelas. Ulamalah yang memainkan peranan penting menarik minat sokongan masyarakat  kepada parti-parti mereka. Kerana itu BN melantik ulama-ulamanya yang tersendiri. Tanpa Ulama BN sokongan masyarakat pada BN sudah lama pudar.

JANGAN JADIKAN ULAMA TUHAN
Kita juga sudah tahu bahawa BN telah melantik beberapa ulama untuk memberikan nasihat kepada mereka dan masyarakat. Namun nampaknya ulama-ulama itu seperti tidak menegur mereka, bahkan kita lihat nasihat yang diberikan kepada Masyarakat nampak seperti ditapis-tapis.

Kita memang diperintahkan oleh Allah swt untuk bersangka baik. Lebih-lebih lagi pada Ulama. Namun Allah swt juga memerintahkan agar jangan menjadikan ulama sebagai Tuhan. Setiap hukum yang mereka berikan hendaklah berdasarkan dalil yang kukuh daripada al-Qur'an dan Sunnah. Jika sekiranya mereka melawan dalil dari al-Qur'an dan Sunnah, bermakna mereka telah menggunakan akal mereka sendiri. Mereka sebenarnya tidak boleh menggunakan akal melawan al-Qur'an dan Sunnah. Dengan menggunakan akal sendiri inilah yang disebut oleh al-Qur'an dan Hadis, mereka menganggap diri mereka tuhan. Apalah daya kekuatan akal manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah swt.

Mereka mengatakan pendapat yang mereka berikan lebih baik dari al-Qur'an dan Hadis. Maka perbuatan umat Islam mengambil pendapat ulama yang berlawanan dengan Perintah al-Qur'an dan Hadis ini tanpa persetujuan dan Ijma' ulama untuk mengambil pendapat lain, adalah salah satu perbuatan mempertuhankan ulama tersebut.

KENAPA KITA PERLU MENOLAK ULAMA BN SECARA TERANG-TERANGAN?
Untuk menolak ulama-ulama yang terang-terangan menolak al-Qur'an dan Hadis, maka  hendaklah juga perlu ditolak dengan terang-terangan, iaitu agar mereka tidak menjerumuskan umat Islam lain. Secara lojiknya, keberadaan mereka dalam BN sebenarnya juga menyokong penolakan Hudud, walaupun mereka meyokong hudud.


KENAPA KITA TIDAK BOLEH BERSANGKA BAIK PADA ULAMA BN?
Walaupun dengan cara Husnuz Dzan, kita anggap bahawa mereka telah memberikan nasihat kepada pemimpin disebalik tabir, bahkan dengan sangka baik kita berpendapat mereka telah menasihatkan pemimpin dengan baik secara diam-diam, namun pemimpin itu tidak mengendahkan nasihat mereka. Bahkan dengan sangkaan baik kita menganggap mereka masih di dalam BN adalah demi untuk memberikan nasihat kepada Masyarakat, kerana jika masyarakat tidak diberikan nasihat, masyarakat akan menjadi semakin kucar-kacir. Namun ada pula sebahagian ulama yang dulunya amat disayangi, ketika ini berterus terang menentang hudud.
Ulama senjata BNSebenarnya kata-kata ulama ini adalah senjata BN untuk mendapat sokongan masyarakat yang kebanyakannya tidak tahu mengenai Hukum Syara'. Tanpa adanya kenyataan ulama-ulama yang menolak hudud ini, maka BN akan semakin di tolak. Jadi BN memerlukan ulama berdiri dibelakang mereka.


KEMEWAHAN SENJATA MELAWAN ULAMAUntuk menguasai ulama ialah dengan memberikan mereka wang ringgit yang amat mewah. Ulama yang berniat kurang Ikhlas, akan nampak menyokong penolakan Hudud. ULAMA yang penakut, akan DIAM seribu bahasa mengenai hudud ini. Walaupun mungkin mereka ada menegur pemimpin mereka secara diam, namun begitu keberadaan mereka di dalam BN juga adalah merupakan sokongan kepada BN yang menolak HUDUD ini.
ULAMA YANG MEWAH ADALAH ULAMA YANG AMAT LEMAH
Jika  ulama dapat dikuasai dengan wang ringgit, pangkat, harta dan kekayaan, serta segala kebaikan dunia. Maka segala keputusan akan berada di tangan musuh Islam. Merekalah yang akan menentukan segala perkara. Sebab caranya amat mudah, jika keputusan mereka tidak disokong, maka mereka akan keluar parti. Ulama itu akan dipecat oleh BN. Elaun akan ditarik. Kemewahan akan dihentikan. Jika takut dipecat, maka perlu sokong kata-kata pimpinan parti. Itu saja. Mudah bukan? Ya memang mudah. Teorinya semudah makan kacang.

Ingatlah cerita seorang Alim yang ingin menebang pokok yang disembah oleh orang. Lalu ditengah jalan ia diganggu oleh Syaitan. Mereka berkelahi. Ulama menang, namun syaitan meminta tangguh sebab letih. Orang Alim mula-mula tidak setuju, namun dijanjikan elaun wang tangguh setiap hari. Orang Alim itu akhirnya setuju. Namun pada hari ketiga Orang Alim tidak mendapat wang itu lagi. Orang Alim marah semula dan mahu menebang pokok. Ia berkelahi lagi dengan Syaitan. Tetapi kali ini orang Alim kalah. Kata Syaitan padanya, " Kamu kalah sebab sudah tidak ikhlas. Kamu mahu menebang pokok kerana kamu tidak dibayar elaun, bukannya kerana Allah swt"

Jadi ulama kena faham perkara ini. Mereka tidak boleh tamak kepada dunia. Ambilah saja dari dunia itu untuk menampung keperluan sahaja.  Maka barulah mereka akan kuat semula.


JANJI ALLAH
Allah swt telah berjanji bahawa Islam akan tegak jua dimuka bumi ini. Walaubagaimanapun kuat dan rapinya rancangan musuh-musuh Allah. Musuh-musuh Islam pula, tidak henti-henti dan tidak pernah berehat untuk menyerang Islam. Mereka menyerang Islam dengan sterategi yang dibuat beratus tahun. Bermula dengan melahirkan jenerasi pemimpin yang berpendidikan barat, darah dan keturunan mereka juga ada sedikit darah zionis, maka segala perancangan mereka akan berjalan rapi. Namun ianya tidak akan dapat menghapuskan Islam.

Kerana itu musuh-musuh Islam memang telah merancang bermati-matian dan merancang segala-galanya untuk menghapuskan Islam. Namun semakin mereka merancang, maka semakin umat Islam sedar untuk menentang mereka. Bahkan untuk menguasai Masyarakat Islam seluruhnya agar tidak menentang kerajaan yang menolak hudud saja, amat sukar.

HASRAT KERAJAAN HASRAT SEMUA
Kerajaan tidak mahu rakyat memberontak. Itu sudah pasti. Kerajaan mahu negara aman. Itu sudah pasti. Tetapi adakah rakyat akan  memberontak jika BN menang?. Pasti atau tidak, tepuk dada tanya selera. Yang pasti Kerajaan PR juga mahu negara aman.  Mereka tidak mahu memberontak. Walaupun Kalah.


HURU HARA BERASAL DARI PERARAKAN AMANNamun huru hara juga mungkin akan berlaku jika BN menang. Ianya mungkin saja timbul daripada PERARAKAN AMAN  YANG TIMBUL DARI KETIDAKPUASAN RAKYAT yang melihat pilihan raya yang TIDAK BERSIH.

Bahkan huru hara itu juga jika ia berlaku, pasti ia akan berlaku dengan adanya campur tangan pengganas asing. Yang mahu rakyat Malaysia berbunuh-bunuhan. Demonstrasi yang mula dibuat tentu saja demonstrasi aman. Namun huru-hara mungkin akan dicetuskan dengan pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku di dalam demo tersebut.  Perkara ini berlaku di mana-mana.

Mengapa Rakyat akan berdemo secara aman jika BN menang?

Jawapannya tidak lain dan tidak bukan, kerana pilihan raya itu tidak bersih. Mereka telah menolak banyak TUNTUTAN BERSIH.

Rakyat pakatan juga takut, pemimpin mereka akan dibunuh secara diam-diam. Mereka takut akan difitnah secara berleluasa dan dibunuh selepas itu oleh Parti kompenen BN. Perkara ini sudah banyak buktinya. Tidak cukupkah Peristiwa Pembunuhan Ulamak Mamali Ibrahim Libya dan pengikutnya untuk membuktikan kenyataan ini?. Tidak cukupkah peristiwa Pembantaian Anggota al-Maunah untuk menyatakan siapa sebenarnya BN?. Tidak cukupkah peristiwa itu menyatakan bahawa kedua-duanya adalah fitnah yang senghaja diada-adakan agar masyarakat menyokong BN dan agar kepimpinan ulama yang hak hancur lesap?

Bahkan dengan adanya sokongan kuat yang ada sekarang di tangan ulama-ulama Pas ketika ini, tidakkah tuan-tuan terfikir bahawa, kemungkinan besar bahawa fitnah, pembantaian dan pembunuhan secara besar-besaran terhadap ulama-ulama PAS akan dilakukan dengan lebih banyak lagi terhadap ulama-ulama Islam, jika sekiranya PAS kalah dalam Pilihan Raya kali ini? Maka sejarah akan berulang kembali.

NASIHAT AGAR JANGAN MENGADAKAN DEMO PERARAKAN AMAN.
Wahai rakyat Malaysia penyokong PR yang tercinta. Di sini saya ingatkan diri saya dan tuan-tuan agar bersabar dan jangan mengelabah dalam situasi jika BN dan PR kalah. Jangan ikut hasutan mana-mana pihak yang mahu berdemo secara aman. Kerana Demo secara aman itu, mungkin ada muslihat udang di sebaliknya yang kita tidak tahu apa-apa.

Ianya bukan Demo yang terancang seperti DEMO bersih. Ia bukan DEMO yang mendapat kebenaran Polis, seperti DEMO BERSIH.

Jadi amat bahaya jika ia disertai. Jangan Ikut negara Thailand yang berdemo berbulan-bulan lamanya itu. Jangan Ikut Syria dan negara-negara lain.

Namun bersabarlah. Jika kalah dan Rakyat Malaysia mahu berdemo buatlah DEMO dengan mendapatkan kelulusan polis terlebih dulu. Gunakan undang-undang dan cara yang jauh lebih bijak untuk mendapatkan semula undian yang lebih bersih.
Hadapkan tuntutan kepada Mahkamah, atau kepada DYMM YDP Agung.

Tidakkah tuan-tuan sedar bahawa usaha untuk mengatakan PR mahu melakukan HURU HARA sudah lama dirancang?

DOA, USAHA DAN TAWAKAL Pada Allah swt jualah kita bertawakal. Pada Allah swt jua kita berdoa setinggi-tingginya. Pada Allah swt jualah kita bermunajat setinggi-tingginya agar segalanya yang saya nyatakan itu tidak akan terjadi. Kita berdoa kapada Allah agar segala yang saya nyatakan itu tidak akan terjadi dengan kemenangan yang akan diperolehi oleh PAS nanti.

Kenyataan ini, memang untuk menakutkan tuan-tuan, agar tuan berhati-hati jangan sampai terkena hasutan untuk berdemo jika kalah. Kenyataan ini memang untuk tuan-tuan berdoa semakin khusyuk kepada Allah swt, sebagamana khusyuknya para ulama berdoa. Berdoalah kepada Allah sebagaimana Nabi Muhammad saw berdoa di medan Perang Badar,

Ya Allah, Ya Hayyu Ya Qayyum. Ya Allah. Jika sekiranya Islam tidak menang pada PRU 13 ini, maka mungkin Islam tidak akan dapat ditegakkan dimuka bumiMu ini lagi. Maka menangkanlah Islam Ya Allah. Menangkanlah UgamaMu. Aaamiin. Ya Rabb. Ya Hayyu Ya Qayyum.

SEMOGA BERMANFAAT. AAMIIIN.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular

Dimanakah Anda Berada:

Wikipedia

Hasil carian